Home Berita PAS Wilayah

Negara Lebih Baik Ditadbir Orang Beragama – Sami Buddha

1637
SHARE

BATU, 5 Mei – Pengerusi Tokong Buddha Sri Lanka, Sentul, Sri Saranankara Nayaka Maha Thero menegaskan bahawa negara ini semestinya menjadi lebih baik jika ditadbir oleh seseorang pemimpin yang mempunyai kefahaman agama yang mendalam dan beramal dengan ajaran agama.

Beliau memberikan respon tersebut setelah Ustaz Azhar Yahya, calon PAS bagi P115 Batu meminta pendapat beliau berkenaan pemerintahan Islam ketika mengunjungi beliau petang ini.

Pada pertemuan itu juga beliau memuji keharmonian antara kaum dan agama yang wujud di Negeri Kelantan serta legasi kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Beliau juga memberikan maklum balas yang positif terhadap pendekatan PAS yang mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

“Tidak betul ada orang kata politik itu kotor. Yang kotor itu sebahagian orang politik sahaja, bukan semua. Saya suka cara PAS, yang mana baik dan betul disokong, yang mana buruk ditegur dan diperbetulkan”, jelas beliau kepada Ustaz Azhar dan rombongan.