Home Berita PAS Johor

PRN JOHOR : PN umum calon 24 Februari

350
SHARE

Oleh Nazirul Munir

KLUANG, 22 Februari : Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan senarai penuh calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 24 Februari ini.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Putrajaya harini.

“Sudah selesai (pembahagian kerusi) antara parti-parti dalam PN. Malahan nama-nama calon pun sudah dikemukakan. Kita dalam peringkat akhir menunggu dan akan diumumkan pada 24 Februari ini.

“Akan dibuat (pengumuman calon) secara rasmi di Johor nanti Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR Berkaitan PRN Johor ke-15 di sini pada Rabu mengumumkan bahawa penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, mengundi awal pada 8 Mac sementara pembuangan undi adalah pada 12 Mac.

DUN Johor dibubarkan secara rasmi pada 22 Januari lepas dengan perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas baginda menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkaitan perkara itu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari yang sama.