Home Kenyataaan Media PAS Perak

Campur tangan sebahagian pimpinan DAP ‘keruh’ keharmonian negara

327
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PERAK

Dewan Ulamak PAS Perak mengambil serius terhadap tuduhan dan dakwaan kosong yang dilemparkan oleh pimpinan DAP, P. Ramasamy dalam isu pengislaman ketiga-tiga anak Puan Loh Siew Hong secara sukarela.

Dakwaan beliau yang memberi gambaran palsu terhadap realiti sebenar, menggambarkan beliau seolah olah sengaja menimbulkan konotasi negatif terhadap keharmonian dan kebaikan Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia.

Kami mengajak supaya semua pihak menyedari bahawa isu ini berikutan hak anak-anak Puan Loh, yang telah memeluk Islam secara sukarela. Pengislaman ini juga tidak ditentang oleh ibunya sendiri di peringkat awal sehinggalah anak anak tersebut berjaya mendalami pendidikan Islam.

Namun, disebabkan campurtangan pimpinan utama DAP, menyebabkan isu ini dibangkitkan semula melalui tuntutan habeas corpus. Termasuklah, P. Ramasamy mendakwa bahawa kes ini membabitkan penculikan dan paksaan memeluk Islam.

Dakwaan pimpinan utama DAP ini menggambarkan sikap anti-Islam, yang tidak sepatutnya ada bagi memelihara keharmonian negara ini.

Ulamak Pemangkin Kesatuan Ummah
Ulamak Memimpin Muafakat Umat
Islam Menyatukan Ummah

Ustaz Ibrahim bin Zakaria
Ketua
Dewan Ulamak PAS Negeri Perak
21 Februari 2022
bersamaan
18 Rejab 1443

https://www.facebook.com/ulamakpasperak/posts/326191899535024