Home Berita PAS Terengganu

PRK Nenggiri; Jentera PAS Kelantan, Sentiasa Bersiap Siaga

22
SHARE

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Jentera pilihan raya PAS Kelantan tidak ditubuhkan secara ad-hoc semasa Pilihan Raya, samada Umum (PRU) atau Kecil (PRK) berlaku, justeru sentiasa bersiap siaga dan bersedia setiap masa.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan, YB Rohani Ibrahim berkata, ini memastikan kelancaran dan efisiensi dalam setiap pilihan raya, termasuk PRK Nenggiri pada bulan hadapan.

“Kita di negeri Kelantan memang tradisi Kelantan tak pernah berhenti dan sentiasa berjalan, dalam ‘gear’ sokmo,

“Bila berlaku pilihan raya kita teruskan dan kita, taklah bila berlaku PRK baru nak ‘set up’ jentera, tidaklah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas lawatan kerja ke Terengganu di Kediaman Sri Iman, Batu Buruk, pada Isnin, 15 Julai.

Menurutnya, negeri Kelantan sentiasa mengekalkan tradisi tidak pernah menghentikan operasi MTD (Majlis Tindakan Dun) atau jabatan pilihan raya.

“Semua pelantikan jentera di peringkat telah selesai, dan mereka sudah mula menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

Menurutnya, Dewan Muslimat turut serta dalam persiapan dan operasi pilihan raya, menunjukkan kerjasama yang padu dalam organisasi.