Home Berita PAS Pusat

Presiden PAS Terima Kunjungan Hormat Duta Amerika Syarikat

5216
SHARE

Kenyataan Media Pejabat Presiden PAS

PRESIDEN PAS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA AMERIKA SYARIKAT

1. Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, H.E. Kamala Shirin Lakhdhir di Pejabat Agung PAS Pusat, Kuala Lumpur.

2. Pertemuan yang berlangsung lebih sejam tersebut menyentuh pelbagai isu politik dan perkembangan semasa, di peringkat dalam dan luar negara.

3. Presiden PAS berkongsi pandangan tentang konsep keadilan Islam, keutamaan untuk mendahulukan damai dalam setiap perkara, dan pendekatan yang diambil oleh PAS untuk membangunkan Negeri Kelantan dan Terengganu.

“Islam Memimpin”

SYAHIR SULAIMAN
Setiausaha Politik Presiden PAS

Bertarikh: 21 Muharam 1440 / 1 Oktober 2018