Home Berita PAS Kelantan

PPM Wilayah Tiga Tok Bali 15 peratus siap

730
SHARE

PASIR PUTEH, 20 Jul: Pembinaan Pejabat Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali di atas tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang berkeluasan 13.46 ekar mencapai kemajuan kerja 15 peratus setakat Jun 2022 dan dijangka siap pada April 2024.

PBLT Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) selaku Pemaju atau Agensi Pelaksana bagi projek tersebut bertanggungjawab membangunkan beberapa komponen penting.

“Antara komponen tersebut ialah satu Blok Bangunan Pentadbiran, dua Unit Kuaters C, 20 Unit Kuaters E, 52 Unit Kuaters F, Jeti, Mes Pegawai, Surau, Dewan Serbaguna, Pejabat Kejuruteraan dan Pejabat Kenderaan serta bangunan-bangunan sokongan.” Demikian menurut Pengurus Kanan Bahagian Projek PBLT S/B, Mohd Helmy Mohd Yusoff ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, selain dapat menyediakan kemudahan serta suasana kerja yang kondusif kepada anggota Polis Marin, pembangunan ini juga dapat memberi keselesaan kepada keluarga anggota di samping meningkatkan imej PDRM di mata masyarakat,” katanya.
Mengulas lanjut perkara sama, Ketua Jajahan Pasir Puteh Ahmad Adlee Yasin berkata projek pembinaan tersebut adalah yang terbesar di Pantai Timur.

“Pembinaan ini juga diharapkan dapat memperkukuhkan kawalan keselamatan di Tok Bali bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di negeri Kelantan dan sekaligus dapat meningkat kemajuan di kawasan setempat,” katanya.