Home Berita PAS Kedah

PPD Sik terima sumbangan

41
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

SIK, 18 Okt – Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM30,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik, semalam.

Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman, berkata bantuan ini merangkumi bantuan tunai sebanyak RM10,000.

Manakala bantuan peralatan elektronik visual dan audio untuk kegunaan Studio Pusat Kegiatan Guru PPD Sik pula bernilai RM 20,000.

Oleh itu, jumlah keseluruhan bantuan langsung PUSRASIK adalah bernilai RM 30,000.

Tambah beliau, diharap sumbangan ini dapat memberi kesan positif kepada urustadbir PPD daerah Sik.

Turut hadir, Pegawai PPD Daerah Sik, Tuan Mokhtar Ahmad.