Home Berita PAS Perlis

PAS Cawangan Titi Beratap anjur Anugerah Jasamu Dikenang

72
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 18 Okt: PAS Cawangan Titi Beratap menganjurkan program Anugerah Jasamu Dikenang pada 16 Oktober lalu.

Program dianjurkan sebagai mengenang jasa serta pengorbanan para aktivis terdahulu di samping memberi galakkan kepada seluruh ahli di peringkat cawangan agar terus istiqamah bersama-sama dengan PAS.

Seramai 21 orang penerima anugerah hadir pada program tersebut yang diadakan di PASTI Behor Mali, di sini.

Turut hadir, Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau, Ustaz Mohamad Nasir Nyan.

Hadiah disampaikan kepada semua penerima secara pandu lalu.