Home Artikel PAS Kelantan

PPBM Dun Kota Lama lumpuh

1,942 views
SHARE

KOTA BHARU: Berikutan 34 pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Kota Bharu meninggalkan parti itu semalam, lebih 200 anak muda mengambil langkah serupa.

Ketua Armada Dun Kota Lama, Mohd Azwan Mohd Sabri, berkata beliau dan rakan-rakan mengambil waktu agak lama untuk keluar parti.

Bagaimanapun katanya beliau bersama pimpinan bahagian Kota Bharu mengambil keputusan menyertai PAS beramai-ramai.

“Dengan penyertaan itu membuatkan PPBM Dun Kota Lama berkenaan lumpuh.

“Saya akan berusaha lagi untuk mengajak rakan-rakan kami yang masih tinggal beberapa orang lagi untuk bersama PAS,” ujarnya di sini.

Semalam Naib Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min mengetuai ahli dan pendokong parti itu menyerah borang menyertai PAS.

Mohd Azwan juga berkata, Pemuda PAS begitu aktif menyusun pelbagai program yang cukup menarik.

“Sedangkan pimpinan PPBM tiada program yang serupa untuk anak-anak muda. Parti itu tenggelam dengan masalah dalaman.

“Kami mengambil langkah keluar dari kemelut itu dengan menyertai PAS.

“Selepas ini insya-Allah kami akan menyertai program anjuran Pemuda PAS bagi mengukuhkan benteng kerajaan negeri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/3/2018