Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Politik Ugut DAP Dalam PRK Cameron Highland

1065
SHARE


Kenyataan Media Penerangan. 260/131
12 Jamadil Awwal 1440 | 18 Januari 2019

POLITIK UGUT DAP DALAM PRK CAMERON HIGHLAND

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membidas kenyataan Lim Guan Eng yang mengugut pengundi di Cameron Highland kelmarin.

2. Mengapa ugut dengan politik pembangunan walhal acuan politik baharu yang dicanangkan adalah inklusif kepada seluruh rakyat?

3. Dalam demokrasi, rakyat berhak memilih tanpa dimomokkan dengan ugutan yang menjengkelkan. Perkara tersebut turut ditegur oleh BERSIH semalam.

4. PAS menyeru seluruh pengundi di Cameron Highland untuk menolak parti DAP yang menggunakan politik ugut dan memperbodohkan pengundi.

5. Walaupun dikatakan parti demokratik, tapi Lim Guan Eng bersikap autokratik terhadap pengundi.

6. LGE turut mempersoalkan bantuan peneroka FELDA yang masih belum dilunaskan dan hutang Kerajaan Negeri Pahang yang tinggi.

7. Sebelum bermula PRK, calon DAP juga memainkan sentimen politik perkauman kepada pengundi sehingga akhirnya calon tersebut memohon maaf.

8. Hal ini bermakna, politik perkauman dan politik ugut adalah acuan politik baharu yang dicanangkan oleh DAP.

9. Setelah mereka merangkul kuasa, banyak prinsip politik yang telah dicabuli dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Islam Memimpin

Sekian