Home Berita PAS Sarawak

Politik Matang Ke Arah Kemenangan PAS

621
SHARE

MIRI, 29 Julai 2017 – “Jarum KOMPAS harus menuju ke arah yang betul untuk memastikan kemenangan,” tegas Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dalam slot Munaqasyah Ucapan Dasar Sejahtera Bersama Islam semasa Konvensyen Menuju Kemenangan PAS (KOMPAS).

Beliau menegaskan bahawa PAS dalam siri penerangan memperkenalkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) kepada seluruh jentera pilihanraya PAS Sarawak sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

7 kriteria utama di dalam kerangka BPMS ialah: 

  1. Politik bertunjangkan prinsip.
  2. Politik dakwah amar makruf nahi munkar.
  3. Politik memfokuskan penyelesaian Islam.
  4. Poitik utamakan rakyat.
  5. Politik damai & diplomasi.
  6. Politik kebenaran bukan persepsi.
  7. Politik rasional dan profesional.

Selain daripada 7 kriteria dalam BPMS, beliau turut menggariskan 10 peraturan & arahan buat semua petugas-petugas PAS Sarawak.

Antaranya termasuk semua ahli mesti meningkatkan ilmu kefahaman Islam dan memahami perkara prinsip dan dasar perjuangan parti.

Aktiviti-aktiviti dialog, forum dan wacana perlu diaktifkan untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum ke arah memperkenalkan Islam.

Selain daripada itu, gerak kerja dan aktiviti blok ketiga bersama Gagasan Sejahtera perlu dikukuhkan bagi menuju kemenangan PAS Negeri Sarawak.

“Bagi mencapai objektif dan sasaran kemenangan, organisasi PAS di semua peringkat melibatkan pimpinan dan ahli perlu menghayati dan melaksanakan agenda-agenda yang telah dirumuskan oleh pucuk pimpinan parti secara iltizam dan istiqamah,” ujar Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi mengakhiri ucapannya.

 

{jathumbnail off}