Home Berita PAS Terengganu

Islam Dan Perjuangannya Tidak Akan Padam

47194
SHARE

Islam Dan Perjuangannya Tidak Akan Padam9

Pengkalan Atap. Batu Rakit 29 Julai 2017- Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Islam dan perjuangannya tidak dapat dihalang dan tidak akan padam walaupun terpaksa melalui pelbagai cabaran.

Beliau membuat penegasan ini dalam ucapan yang disampaikan pada pagi ini dalam majlis perasmian HARAP 3.7 yang sedang berlangsung di sini.

Dengan memetik ayat Al-Quran yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)

.Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Al-Maidah: 54-56)

yang menceritakan sifat-sifat orang mukmin yang berada dalam satu kumpulan bagi menegakkan Islam, Tok Guru menyatakan bahawa ayat Al-Quran itu menjadi peringatan dan gambaran bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi SAW tidak dapat dihapuskan walaupun penjajah dan musuh membuat pelbagai cara untuk memadamkan Islam.

Tegas Tok Guru lagi: ‘Islam ini ibarat seperti cahaya matahari. Ia akan bersinar tanpa dapat dihalang.
Islam tidak mati dengan wafatnya Nabi, tidak juga mati dengan sebab perjuangannya yang ditindas.

Syed Abul Hasan Ali AnNadawi menulis dalam bukunya: Riddatun La Aba Bakrin Laha (Penyelewengan yang tiada Abu Bakar memeranginya) bahawa peristiwa riddah (keluar Islam) berlaku apabila masyarakat mendengar Nabi wafat, lalu mengikut Nabi palsu. Namun Allah tetap menyempurnakan janjiNya terhadap agama Islam. Para sahabat bangkit walaupun mereka juga terkejut dengan kewafatan Nabi. Generasi sahabat muncul. Di antaranya Saidina Abu Bakar yang pernah berucap ketika wafatnya Nabi supaya para sahabat tidak berpaling dari Islam, membacakan ayat-ayat Al-Quran (Aali Imran: 144) “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya)”Kesannya selepas itu, dua kuasa besar Rom dan Parsi jatuh di tangan para Sahabat.”

Tok Guru menyambung: ‘Di zaman kerajaan Abbasiyah, ketika buku asing diterjemah dalam bahasa Arab, mereka juga menterjemah buku falsafah sehingga lahir kumpulan yang menghurai sifat Allah hanya dengan akal. Lahir ulama mujaddid seperti Abu Hasan Ashaari dan Abu Mansur Maturidi memerangi kumpulan ahli falsafah sehingga aqidah dapat dipelihara. Di zaman mutaakhir, lahir pula serangan pemikiran seperti sekularisme, pragmatisme, liberalisme dan lain-lain yang merupakan ‘iblisme’ sebenarnya.

Umat Islam menubuhkan gerakan Islam untuk melawan serangan pemikiran ini yang menganggap Allah hanya mengambil tahu tentang agama sahaja dan membiarkan aspek politik dan keduniaan kepada manusia.

Tok Guru menambah: ‘PAS mengajak rakyat balik kepada Islam. Masalahnya orang Islam jahil tentang hal-hal politik.

Islam dibelasah, yang belasahnya saudara kita dari kalangan orang Umno. Kita sebut saudara kerana Al-Quran juga sebut seperti itu terhadap para Nabi: “Kami utuskan kepada kaum itu, saudara mereka Hud’ mjsalnya dan lain-lain ayat yang menunjukkan para Nabi sebenarnya adalah saudara kepada kaum itu.

Tok Guru berpesan lagi: ‘Kita ajak orang Melayu khususnya supaya sokong perjuangan kita, jangan halang perjuangan kita. Dalam masa yang sama, kita ajak mereka bersama kita.’

Program HARAP 3.7 ini adalah siri program HARAP yang terakhir diadakan di Terengganu selepas kesemuanya diadakan di semua daerah yang melihat kehadiran yang sangat menggalakkan dari penduduk tempatan dan luar.

{jathumbnail off}