Home Berita PAS Negeri Sembilan

Kuasai ilmu IT sampaikan maklumat

657
SHARE

SENAWANG – Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafaei Mustapha menyarankan agar setiap ahli PAS di negeri ini menggunakan medium IT sebagai wadah menyampaikan maklumat berkaitan isu semasa.

“Setiap ahli seharusnya menguasai ilmu IT dan teknologi agar maklumat dapat disampaikan dengan efisien” kata beliau semasa merasmikan program Jelajah Ransangan IT (JeRIT) bertempat di Wisma PASTI Negeri Sembilan, dekat sini pagi ini.

“Ahli PAS pada hari ini seharusnya memanfaatkan program yang dilaksanakan oleh Penceramah daripada IT Pusat untuk diaplikasikan di Negeri Sembilan” katanya lagi.

Kata Rafaie, seharusnya gunakanlah IT ini sebaiknya agar kita tidak ketinggalan memandangkan PRU14 kali ini pasti akan sengit dan kita perlu bersiap-siaga.

Program JeRIT ini berjaya menarik hampir 100 orang petugas PAS yang terlibat dengan unit DataApps (Data dan Aplikasi) dan unit MBMM (Media Baru dan Multimedia). Perasmian penutup disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Daharum.

Dalam ucapannya, pesuruhjaya meminta petugas-petugas PAS di Negeri Sembilan memanfaatkan sepenuhnya potensi IT dan media baharu yang dipelajari ini demi memudahkan gerak kerja untuk pilihanraya umum ke 14 tidak lama lagi.

Turut hadir Pengarah Jabatan IT PAS, Shuhaimi Embong membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Potensi dataraya dan persiapan gerakerja IT menjelang PRU ke 14’ sebelum ucapan perasmian penutup oleh Pesuruhjaya PAS Negeri sembilan.

{jathumbnail off}