Home Berita PAS Johor

Politik dakwah : Mengabdikan diri kepada Allah, bukan kepada politik

188
SHARE

Oleh HARITH HAQEEMI

KULAI, 17 Ogos : “Politik dakwah menuntut kita untuk menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah, bukannya kepada politik, kepada kluster mahkamah mahupun kepada jawatan Perdana Menteri.”

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi dalam program Liqa’ Fikri anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) yang telah diadakan secara maya menerusi aplikasi Zoom semalam.

Ujar beliau, sebagai media baharu seharusnya mempunyai ‘well-manage’ dalam setiap perkara yang dilakukan supaya dapat menarik orang membaca tulisan-tulisan yang dilontarkan ke dalam media supaya mendapat tarikan pembaca agar mesej itu berkesan.

Menurut beliau lagi, politik dakwah juga bukan sesuatu yang baharu, malah ia telah digunakan sejak zaman Nabi Sulaiman lagi sepertimana surat yang telah diutus kepada Ratu Balqis daripada Nabi Sulaiman yang menyatakan untuk menyeru kepada Islam.

Afnan turut berkata, sebagai pemimpin atau pun raja dalam sesuatu negeri yang berlainan, harus menggunakan politik sebagai tujuan dakwah, yang mana ianya juga dapat membezakan antara politik Islam dan politik konvensional.

Program berkenaan yang bermula pada jam 9.30 malam telah disertai seramai 180 peserta yang mewakili Dewan Pemuda PAS bagi kawasan masing-masing.

Program berakhir pada jam 11.30 malam dengan diakhiri ucapan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz dan beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada Afnan Hamimi atas perkongsian kepada semua peserta.