Home Kenyataaan Media PAS Perak

Tahniah dan terima kasih buat kerajaan Perikatan Nasional | Kenyataan Media PAS Perak

315
SHARE
KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
17 Ogos 2021 | 8 Muharram 1443H
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH BUAT KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL
PAS Perak menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh ahli kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas segala pengorbanan serta penat lelah selama ini mentadbir Malaysia dengan cemerlang.
Menerusi kepimpinan beliau selaku Ketua Pentadbiran Negara, usaha dan ikhtiar telah dijalankan dengan sedaya upaya bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dengan mengimbangi aspek kesihatan dan ekonomi.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan hasil dan kesan yang positif dalam membendung wabak COVID-19 di samping kadar vaksinasi harian yang dicatatkan setiap hari juga antara yang tertinggi di dunia menjadi antara bukti kejayaan Malaysia ketika ini.
Dalam pada itu, kerajaan PN juga telah menempah lebih 87 juta dos vaksin yang melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM 4.36 bilion untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara keseluruhannya.
Justeru, PAS Perak mendoakan agar kestabilan politik negara segera memulih dan kecemerlangan kerajaan hari ini dapat diteruskan supaya Malaysia bebas daripada belenggu pandemik COVID-19 serta rakyat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Insya-Allah.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
YB HAJI RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
ADUN Gunong Semanggol