Home Berita PAS Kedah

Kerusi roda percuma untuk rakyat Kedah yang memerlukan

44
SHARE

Oleh HANANI ABDULLAH

PENDANG, 12 Okt – Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Ketua Komuniti Kawasan dalam Negeri Kedah di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang.

“Sebanyak 175 buah kerusi roda diberikan kepada wakil komuniti untuk diagihkan kepada rakyat yang memerlukan,” ujar beliau yang juga merupakan wakil rakyat bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai.

Beliau turut mengharapkan bantuan kerusi roda ini dapat meringankan beban keluarga penerima yang memerlukan di negeri ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim.