Home Berita PAS Kedah

Pokok Sena | Jabatan Amal Malaysia bantu cuci rumah mangsa banjir

267
SHARE

Oleh AMIRUL ASYRAF

POKOK SENA, 9 Nov –  Seramai 30 anggota Jabatan Amal Malaysia telah terlibat membantu mangsa banjir disekitar Parlimen Pokok Sena.

Ketua Pemuda Pokok Sena, Ustaz Ahmad Hamadah bin Mohamad Shauki telah mengetuai Operasi Mencuci Rumah Mangsa banjir kali ini.

“Hari ini merupakan hari ketiga berturut-turut kita telah membuat kerja-kerja membersih rumah mangsa banjir

“Keseluruhan anggota yang terlibat sepanjang tiga hari ini ialah seramai 30 orang anggota Jabatan Amal Malaysia yang melibatkan anggota dari kawasan Pokok Sena, Kuala Kedah, Pendang dan Jerai” katanya ketika ditemui.


Menurutnya lagi kejadian banjir di Parlimen Pokok Sena kali ini diluar jangkaan semua pihak, kerana kebanyakkan tempat yang terlibat banjir ini tidak pernah dilanda banjir sejak 10 tahun lalu ketika Kedah dilanda Bencana Banjir Besar di Kedah ketika itu.

Tambahnya lagi, Anggota Jabatan Amal sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat jika diperlukan tanpa sebarang bayaran.

Sumbangan bagi membantu pihak pengurusan disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad Skuad Prihatin Negeri Kedah 02 011010142492 dan boleh hubungi Ketua Operasi Cuci Banjir, Ustaz Maazallah Muhammad +60 13 519 3600.