SUNGAI PETANI – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pantai Merdeka mengambil inisiatif memberikan bantuan kepada 10 keluarga yang menjalani kuarantin COVID-19.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pengarah PKWR Pantai Merdeka, Saifulazli Ahmad dan Pegawai Khas ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Haikal Mutalib.
Antara lokasi yang menerima sumbangan ialah Kampung Sungai Emas ,Kampung Matang Tengah dan Taman Seri Kota.