Home Berita PAS Kedah

300 murid DUN Kuala Ketil terima bantuan awal persekolahan

242
SHARE

Oleh AMAL NABILA

KUALA KETIL – Seramai 300 murid DUN Kuala Ketil terima sumbangan Back To School daripada ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria (B) di Dewan Putik, semalam.

YB Mansor berkata, program ini merupakan aktiviti tahunan Pusat Khidmat Wakil RAKYAT (PKWR) DUN Kuala Ketil apabila menjelang pembukaan persekolahan bagi menyantuni anak-anak asnaf yang terpilih.

“Kita faham dengan keadaan sekarang, ramai masyarakat kita yang terkesan dengan COVID-19 ini. Norma ini akan menjadi kebiasaan kita.

“PKWR mengambil satu inisiatif dan peluang untuk membantu rakyat yang terkesan bagi mencari peralatan persekolahan anak-anak,” ujarnya.

Katanya, 200 murid terima sumbangan berupa beg dan pakaian manakala 100 lagi terima sumbangan beg daripada Yayasan Amal.

“Kita mengharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang perlu ditanggung oleh ibu bapa.

“Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Amal dan NGO yang turut serta dalam memberikan sumbangan.