


KOTA BHARU, 29 Apr: PKRC Kota Bharu ke-6, didalam peringkat penyediaan di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian dengan kapasiti maksima 250 katil ‘double decker’, mampu menempatkan 500 pesakit pada satu- satu masa. PKRC Kampus Kesihatan USM dijangka akan beroperasi di dalam masa terdekat.
Kelantan mencatatkan 401 kes baharu hari ini. Sama – sama kita berusaha untuk patuh kepada SOP sebagaimana yang disarankan oleh KKM dan MKN. Teruskan berdoa dan bermunajat agar negeri Kelantan selamat dan bebas daripada wabak Covid-19.