Home Berita PAS Sarawak

PKPD : PAS Samarahan tampil bantu Kampung Tanjung Tuang

32
SHARE

OLEH : YAT ABDULLAH

Kota Samarahan, 1 Ogos 2021 : PAS kawasan Kota Samarahan tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Tanjung Tuang yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 27 Julai yang lalu hingga 9 Ogos 2021.

Bantuan yang dihulurkan berupa pek makanan itu adalah bagi membantu meringankan beban penduduk di kampung berkenaan berikutan penguatkuasaan PKPD dalam usaha mengekang penularan Covid-19 yang menunjukkan pola peningkatan setiap hari.

Selain itu, lampin pakai buang bayi turut disumbangkan bagi keluarga yang mempunyai anak kecil.

Serahan pek makanan dan lampin pakai buang bayi tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Muhammad Nizar kepada AJK PAS kawasan yang menetap di kampung tersebut, Muhammad Nurazmi Zen untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan.

                    

Ketua Muslimat PAS Kota Samarahan, Hanani Saiful dan AJK Muslimat PAS Kota Samarahan, Mastura Julai turut hadir ketika penyerahan tersebut.