Home Berita PAS Kedah

Menteri ziarah keluarga penoreh getah

43
SHARE

KUPANG, 2 Ogos 2021 : Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menziarahi keluarga penoreh getah di Kampung Hangus hari ini.Beliau ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad.

Kunjungan itu membolehkan beliau menyelami sendiri masalah penoreh di daerah ini.

Lawatan itu dibuat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Turut hadir Penolong Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, Ustaz Hassan Saad dan Setiausaha PKWR DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”