Home Berita PAS Perlis

PAS Kangar agih pek bantuan YADIM

44
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 3 Ogos: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kangar telah menyerahkan pek bantuan YADIM Peduli Program Musaadah Covid-19 kepada golongan terjejas semalam.

Majlis yang diadakan secara pandu lalu itu telah diadakan di Dataran PASTI As Solehin 1, Behor Temak, dekat sini.

Penyerahan pek bantuan kepada seramai 30 orang penerima telah dibuat oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Perlis, Wan Hassan Ismail.

Menurut Wan Hassan, penyerahan dibuat secara pandu lalu sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang sedang berkuatkuasa kini.

“Alhamdulillah, hari ini, LKK PAS Kawasan Kangar telah berjaya menyerahkan pek bantuan berupa makanan asas yang telah diamanahkan kepada kami oleh YADIM, untuk diagihkan kepada penerima yang memerlukan.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu meringankan beban hidup mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 DAN PKP 3.0 ini,” katanya ketika ditemui di sini.