Home Berita PAS Terengganu

PKP 3.0 – Bersabar dan teruskan munajat

123
SHARE

KUALA NERUS – Semua rakyat Terengganu khususnya dalam kalangan penduduk daerah ini, diseru bersabar dan menerima baik arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 (Total Lockdown).

Setiausaha PAS Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang berkata, usaha mengawal penularan wabak Covid-19 itu, bermula semalam, untuk tempoh 14 hari.

“Sebagai rakyat, kita mesti menerimanya dengan tenang dan fikiran terbuka serta bersedia,

“mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya ketika dihubungi.

Di samping itu, kata beliau, jangan lupa untuk terus berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT sepanjang waktu.

“agar wabak yang mengganas ini segera diangkat-Nya dan kita semua dapat kembali hidup seperti biasa.