Home Berita PAS Kelantan

PKINK Berhasrat Bangunkan Sektor Usahawan Bersama UMK

684
SHARE

KOTA BHARU: Atas kelangsungan tanggungjawab untuk memajukan ekonomi negeri Kelantan dan membangunkan usahawan bumiputera tempatan, pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melakukan kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dato’ Dr Husaini Omar, di sini semalam.

Delegasi PKINK yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus telah mengemukakan beberapa cadangan berhubungkait dengan pembangunan tanah untuk dimajukan, pembangunan usahawan dan infrastruktur seperti menaiktaraf beberapa kilang dan pusat komersial yang dianggap berpotensi untuk dimajukan serta dijadikan sebagai pusat sehenti untuk pelajar UMK mengadakan Latihan Industri selain usahasama dalam memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi

Pada pertemuan itu juga, PKINK turut berhasrat untuk membangunkan tanah milik PKINK secara bersama dengan UMK di Bachok, Taman kurnia Jaya dan Pulau Belanga untuk dijadikan sebagai Bandar Ilmu (Education City). Selain itu, PKINK turut berhasrat untuk bekerjasama dalam bidang perlombongan dan pertanian tanah tinggi dengan melantik UMK sebagai pakar runding dalam kedua-dua bidang tersebut.

Turut hadir, Mohamad Nasriff Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Rooshihan Merican Abdul Rahim Merican, Pengurus Besar UMK Business Venture, Pengurus Bahagian Kumpulan PKINK dan Pengurus Besar Anak Syarikat PKINK. – PKINK 3/9/2018

https://www.facebook.com/sedckelantan/posts/1842655239146132