Home Berita PAS Melaka

PJ PAS Melaka ucap takziah pemergian Almarhum Ustaz Khamis Saad

412
SHARE

 

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 21 Mac : Pesuruhjaya (PJ) PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek menyampaikan ucapan takziah atas pemergian mantan pimpinan PAS Melaka, Ustaz Khamis Saad.

“Sebentar tadi, saya mendapat khabar pemergian Ustaz Khamis Saad.

“Almarhum merupakan orang alim, seorang guru dan murabbi yang banyak berjasa dalam membina manusia,” ujar beliau dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi.

Pesuruhjaya PAS Melaka itu yang mewakili PAS Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Almarhum.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang beramal soleh dan beriman,” ujar Ustaz Kamarudin.

Untuk rekod Almarhum Ustaz Khamis adalah merupakan mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu dan pernah bertanding di dalam beberapa pilihan raya mewakili PAS.