Home Berita PAS Melaka

PJ PAS Melaka nafi berita soal kerusi atau sasar jawatan KM

81
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 13 Okt: Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek menafikan bahawa beliau ada menyatakan bahawa beliau menyasarkan kerusi Ketua Menteri Melaka atau apa-apa berkaitan pembahagian kerusi kepada mana-mana media.

“Saya menafikan laporan berita ini dan menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sama ada mengesahkan untuk bertanding atau pun mengisi jawatan Ketua Menteri.

“Laporan berita ini adalah berniat jahat dan satu fitnah,” ujar beliau dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook beliau petang tadi.

Penafian itu dikatakan berkaitan dengan satu laporan oleh laman sesawang MY-TV Online hari ini yang bertajuk ‘PAS akan isi jawatan Ketua Menteri Melaka’ dan beberapa lagi laporan media lain tentang soal kerusi yang bakal ditandingi beliau.

“Isu pencalonan, saya bertegas menyerahkan keputusan tersebut kepada pucuk kepimpinan PAS Pusat.

“PAS Melaka akan terus membawa agenda politik penyatuan ummah, parti-parti Melayu mestilah dipertahankan dan tidak sama sekali memberi ruang kepada PH untuk berkuasa,” ujar beliau lagi dalam kenyataan itu.