Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Pimpinan PH: Jangan Cemarkan Kemuliaan Rasulullah SAW

1216
SHARE

PEMIMPIN PH: JANGAN CEMARKAN KEMULIAAN RASULULLAH S.A.W

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang hina. (Al-Ahzab:57)

1. Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah dan mempunyai khususiat yang tiada pada manusia lain. Baginda SAW menjadi teladan bagi seluruh manusia dalam semua aspek kehidupan sebagaimana firman Allah SWT:

لقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzab: 21)

2. Menyandarkan perihal Nabi dengan perilaku yang tidak baik atau terdapat unsur-unsur negatif adalah termasuk dalam iza’ atau menyakiti keperibadian baginda SAW. Imam Al-Maraghi dalam tafsirnya menyebut kiasan yang salah terhadap sifat Nabi juga termasuk dalam perkara iza’ kepada baginda SAW.

3. Apatah lagi dibawakan kiasan yang salah bahawa Nabi SAW pernah membuat janji untuk melaksanakan umrah dan kemudian tidak dapat tunaikan kerana dihalang lalu dibuat kiasan dengan kerajaan PH yang tidak dapat tunaikan manifesto akibat kekangan kewangan. Sekiranya pengkisahan sirah Nabi diputarbelitkan dengan sengaja maka ia termasuk dalam perkara mendustai Rasulullah SAW yang sangat besar ancamannya.

Nabi SAW bersabda:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ

Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

4. Pemimpin PH yang bercakap sebegitu hendaklah beristighfar dan menarik balik ungkapan tersebut yang boleh menjejaskan aqidah. Elakkan sebarang kekeliruan ditimbulkan dalam masyarakat khasnya dalam perkara yang melibatkan pegangan agama.

MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat