Home Berita PAS Sabah

Kerjasama PAS – PBS perkukuh Blok Pembangkang Sabah.

1866
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis.
4 Mei 2019.

SANDAKAN : PAS dan PBS hari ini menjalinkan kerjasama secara rasmi dalam satu pertemuan antara pimpinan kedua parti yang berlangsung di Bilik Gerakan PBS, dekat sini.

Kerjasama ini diadakan bagi membantu kemenangan Calon PBS, Datuk Linda Tsen Thau Lin dalam PRK Sandakan yang menentang empat calon lain termasuk dari Dap dan tiga lagi dari Bebas.

Hadir dalam permuafakatan ini ialah Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim serta Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dan beberapa orang pimpinan PAS lain.

Menurut Sahar yang juga merupakan Pengarah Jentera Operasi PAS Sabah bagi PRK Sandakan, kerjasama ini adalah satu bukti bahawa PAS boleh menjalikan kesepakatan dengan parti-parti tempatan Sabah.

“Ia juga adalah satu isyarat bahawa PAS akan bekerjasama dengan parti tempatan Sabah dalam membela nasib semua kaum dan agama khususnya bagi menghadapi PRU15,” jelas Sahar.

Menurutnya lagi, PAS turut berkomitmen tinggi untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah yang terkandung dalam Perjanjian 1963 yang diabaikan oleh pemerintah hari ini.

PRK Sandakan kali ini buat pertama kalinya menampilkan gabungan Blok Pembangkang Sabah yang terdiri daripada PBS, PAS, STAR, SAPP, UMNO, STAR dan USNO bergabung bagi menumbangkan calon PH yang diwakili Dap selain calon Bebas lain.