Home Berita PAS Johor

Petugas kesihatan : Besar jasa mereka tidak ternilaikan

273
SHARE

PETUGAS KESIHATAN,  BESAR JASA MEREKA TIDAK TERNILAIKAN

Slogan ‘Rakyat Sihat, Negara Sejahtera‘ bukan boleh dicapai dengan sendirinya melainkan diusahakan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Lebih-lebih lagi bila bencana datang melanda.

Mereka yang bertugas disektor kesihatan adalah tulang belakang dan tunggak utama negara untuk kesejahtaraan rakyat.

Telah lebih setahun wabak Covid-19 melanda negara sehingga kini sudah lebih tujuh ratus ribu (700K) angka jangkitan dan hampir lima ribu (5K) kematian tidak termasuk lagi penyakit-penyakit lain. Bayangkan betapa letihnya para doktor, jururawat dan para petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan melipat gandakan keupayaan mereka dari sudut masa dan tenaga. Tekanan kerja yang melampau ini juga bakal memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh dan jiwa mereka.

Oleh itu, cadangan untuk memberi mereka cuti tanpa rekod adalah sangat wajar bahkan mereka juga harus diberikan insentif khas oleh Kerajaan sebagai menghargai pengorbanan dan jasa mereka.

Tidak cukup sekadar melahirkan rasa simpati dan kasihan. Sebagai rakyat kita mesti turut membantu dengan sama-sama berperanan mengawal wabak ini dari terus merebak dengan mematuhi segala arahan dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Para petugas kesihatan andalah ‘hero negara’. Rakyat bersyukur dengan adanya kalian sebagai benteng hadapan. Dan kami rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua petugas barisan hadapan dan khasnya petugas kesihatan.

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

28 Jun 2021 | 17 Zulkaedah 1442H

 

#MenangBersama

#KerajaanPrihatin

#SejahteraBersamaIslam