Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Meninggal Dunia

355 views
SHARE

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.

Pagi Khamis 20 Disember 2018, menerima perkhabaran duka kematian Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustafa Daharun yang meninggal dunia jam 8.12 pagi di Hospital Jempol.

Diberitakan beliau baru sahaja 3 hari pulang daripada mengerjakan ibadah umrah. Sesungguhnya kematian ini benar tidak akan terawal mahupun terlewat. Telah Allah S.W.T tulis bila dan di mana saat kematian akan datang menjemput.

Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan takziah buat isteri tercinta serta ahli keluarga atas pemergian al-marhum.

Semoga kalian tabah mengahadapi ujian kematian dan kehilangan ini serta tenang untuk meniti hari-hari yang mendatang.

Kami doakan agar ruhnya kembali ditempatkan bersama para anbiya’ dan orang-orang soleh.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Disember 2018 bersamaan 12 Rabi’ul Akhir 1440