Home Kenyataan Media Presiden PAS

Takziah Kepada Keluarga PJ N.Sembilan

160 views
SHARE

Mendapat berita sedih pagi ini, Ustaz Mustaffa bin Daharun, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah kembali ke rahmatullah.

Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

Almarhum Ustaz Mustafa ialah seorang pimpinan yang komited dan gigih melaksanakan gerak kerja pendidikan, dakwah dan jemaah khususnya di Negeri Sembilan. Semoga almarhum diberikan ganjaran pahala amal solehnya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin.

Al-Fatihah.

Abdul Hadi Awang