Home Berita PAS Kedah

Pesakit kronik dan lumpuh dapat perhatian Lajnah Kebajikan dan masyarakat PAS Padang Terap

93
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pesakit kronik dan lumpuh mendapat perhatian Lajnah Kebajikan dan masyarakat PAS Padang Terap, baru-baru ini.

“Terima kasih Ustaz datang ziarah saya…” ungkapan dari Abdul Rahman Abdullah, 52 yang telah seminggu ditimpa ujian lumpuh sebelah badan.

Abdul Rahman tinggal di Kampung Bukit Buluh baru sahaja keluar dari hospital setelah menerima rawatan akibat lumpuh.

Sejurus selepas itu Yang Dipertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turun menziarahi Abdul Rahman Abdul Majid, 63, yang mengalami penyakit kanser tulang sejak bulan Mac yang lalu sehingga kini.

Beliau tinggal di Kampung Musa,Pedu dan tidak upaya untuk menguruskan diri sendiri dan hanya berada dalam keadaan terbaring sahaja.

Kemudiannya Lajnah Kebajikan dan masyarakat turun bersama Ustaz Azam ke Kampung Pinang bagi menziarahi Zaiton Dahya isteri kepada Azhar Musa 47, yang mengalami penyakit kencing manis sehingga terpaksa di potong kakinya pada Mei yang lalu.

Azhar mempunyai seorang anak perempuan bernama Nor Atifah Mohd Azhar yang bakal menyambung pelajaran di Kolej Islam Darul Ulum.

Beliau mengharapkan bantuan dan semua dari pihak.

Turut sama hadir pengerusi Lajnah Kebajikan dan masyarakat PAS Padang Terap Ustaz Mohd Zulpikeri Ahmad dan ahli jawatankuasa Lajnah.