Home Berita PAS Kedah

Pesakit kencing manis terima sumbangan katil sakit PAS Padang Serai

66
SHARE

PADANG SERAI – Seorang warga emas yang juga pesakit diabetis terima sumbangan katil sakit daripada PAS Kawasan Padang Serai, dekat Kampung Padang Cina, Isnin lalu.

Akibat komplikasi penyakit yang dihadapinya, kaki Encik Daud, 62 tahun, terpaksa dipotong hingga ke paras lutut lalu menyebabkan pergerakan beliau terbatas.

Prihatin dengan keadaan yang menimpa Encik Daud, PAS Kawasan Padang Serai membawa katil sakit dan bantuan sumbangan lampin dewasa ke rumahnya.

PAS Kawasan Padang Serai turut mendoakan agar beliau diberi kesembuhan segera.