Home Berita PAS Wilayah

Munaqasyah Ucaptama Ketua Pemuda PAS Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan

117
SHARE

Muhamad Abdul Fateh
Foto : Safwan

Wangsa Maju,31 Mac : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini mengadakan Munaqasyah Ucaptama Ketua Pemuda PAS yang bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah’, bertempat di Dewan Kohilal, Diamond Square di sini.

Majlis yang berlangsung secara fizikal dan hibrid telah melabuhkan tirainya semalam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia,Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden dan Setiausaha DPPM, Muhammad Hanif Jamaluddin telah membentangkan objektif dan strategi yang akan dilaksanakan.

Dalam munaqasyah berkenaan, pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membentang 5 objektif yang di dukung oleh 7 pengupaya di dalam Pemuda PAS serta perlu dijayakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Program ilmu ini adalah anjuran Lajnah Penerangan dan adalah wadah yang sangat penting bagi memastikan hala tuju yang telah ditetapkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat dapat difahami oleh para penggerak parti khususnya di peringkat negeri dan kawasan.

Komunikasi yang jelas antara pimpinan tertinggi parti dengan ahli di peringkat negeri, kawasan dan cawangan adalah kunci utama kepada pemerkasaan jentera PAS menuju PRU15.

Turut hadir sama Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Farkhan , Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Syed Ahmad Fadhli Syed Mahmad Hadzari dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin.