SUNGAI PETANI – Seorang pesakit kencing manis, Zamri Hashim menerima sebuah katil hospital di kediamannya dekat Permatang nyiur.
Sumbangan itu disampaikan oleh ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim bersama AJK PAS Kawasan Sungai Petani.
“Semoga sumbangan ini dapat memudahkan urusan rawatan dan penjagaan saudara Zamri Hashim.
“Mudah-mudahan memberikan manfaat kepada pesakit dan memudahkan urusan ahli keluarga,” katanya.