Home Berita PAS Kedah

YDP PAS Padang Terap ziarah pesakit jantung dan beri sumbangan khairat kematian

174
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Terap merangkap Ahli Majlis Daerah Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz menziarahi saudara Jalil pesakit jantung dari Kampung Pisang pada 19 Jun.

Encik Jalil yang juga merupakan Setiausaha PAS cawangan tersebut baru menjalani pembedahan jantung by pass sebelum ini.

Kemudian baru-baru ini, beliau dilaporkan terjatuh dari katil dan patah tulang bahu.

Sehubungan itu, Ustaz Azam bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Padang Terap menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan.

Seterusnya, Ustaz Azam juga turun bersama Badan Kebajikan PAS kawasan Padang Terap menziarahi serta menyampaikan sumbangan khairat kematian di Kuala Janing pada 18 Jun baru-baru ini.

Duit sumbangan tersebut diserahkan kepada waris arwah Timah Ismail.

“Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Ustaz Zulpikeri Ahmad.