Home Berita PAS Melaka

Perwakilan dan pemerhati Melaka dan Negeri Sembilan mula mendaftar

528
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

KOTA MELAKA, 13 Sept : Perwakilan dan pemerhati Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 66 tahun ini dari seluruh Melaka dan Negeri Sembilan mula mendaftar seawal jam 7.30 pagi di Ballroom Hotel Sentral Melaka Jalan Tun Sri Lanang, di sini sebentar tadi.

Seramai 24 orang perwakilan dari enam kawasan di Negeri Melaka dan 32 orang perwakilan dari lapan kawasan di Negeri Sembilan dijadualkan menghadiri muktamar secara dalam talian ini yang dipancarkan secara langsung dari Putik Kelantan.

Muktamar pada kali ini dijalankan secara serentak di seluruh negara secara dalam talian di mana hanya Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan-kawasan sahaja yang menghadiri lokasi utama muktamar ini di Putik Kelantan manakala empat orang lagi perwakilan dari setiap kawasan bermuktamar secara dalam talian di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan untuk setiap negeri.

PAS Melaka telah dipilih sebagai ‘host’ bagi melaksanakan muktamar ini di Melaka secara bersama dengan Negeri Sembilan di mana Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz bertindak sebagai Pengerusi Panatia Muktamar bagi Melaka dan Negeri Sembilan ini.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)