Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Perutusan Tahun Baharu 2019: Teruslah Berbakti Melakar Sejarah!

1642
SHARE

Perutusan Tahun Baharu 2019

Teruslah Berbakti Melakar Sejarah!

‎”كُنۡتُمۡ خَيۡرَ اُمَّةٍ اُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَاۡمُرُوۡنَ بِالۡمَعۡرُوۡفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ الۡمُنۡكَر..”ِ

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat perkara baik dan melarang daripada segala perkara yang salah…” Al-Imran -111

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah kerna dengan izinNya, kita masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan dan terus menabur bakti jasa insyaallah. 

Tahun 2018 akan berlalu pergi, maka bermula pula tahun 2019 yang akan menjanjikan warna warni, sua rasa dan cabaran demi cabaran bakal menanti. 

Jadikan kenangan lalu sebagai ikhtibar, pedoman dan teruskan melangkah jauh ke hadapan untuk menongkah arus dan meniti perjalanan baru. Sesungguhnya perancangan yang teliti, susun atur kerja yang sistematik, sentiasa memperkasa dan meningkatkan mutu serta kualiti kerja bersama disiplin akan menyerlahkan impak yang unggul. 

Justeru, ayuh tahun baharu ni berazam untuk terus menimba ilmu dalam pelbagai bidang, menajamkan skill, menyusun gerak kerja dengan lebih tersusun dan bijak mengatur fiqh awlawiyat. Sentiasa mengamalkan sikap yang berhikmah, bekerja dengan penuh amanah dengan mengamalkan profesionalisme dan beretika dalam setiap urusan. 

Jadilah netizen yang menjadi ikon kepada generasi muda dan marilah bersama membina minda yang sentiasa berbakti dan mempunyai keluhuran yang tinggi dengan menjadikan al quran dan sunnah sebagai panduan dalam kehidupan. الغاية لا تُبرر الوسيلة Matlamat tidak menghalalkan cara, hal demikian peganglah tali-tali Allah agar bilamana kita menjaga agama Allah, Allah akan menjaga kita. 

Akhir kalam, saya nukilkan hadis buat renungan bersama 

Rasulullah shallallahu ‘alihi wasallam bersabda;

‎اضْمَنُوالِيسِتًّامِنْأَنْفُسِكُمْأَضْمَنْلَكُمْالْجَنَّةَ،اُصْدُقُواإذَاحَدَّثْتُمْ،وَأَوْفُواإذَاوَعَدْتُمْ،وَأَدُّواإذَااؤْتُمِنْتُمْ،وَاحْفَظُوافُرُوجَكُمْ،وَغُضُّواأَبْصَارَكُمْ،وَكُفُّواأَيْدِيَكُمْ

“Jaminlah kalian enam hal, maka aku akan jamin kalian masuk syurga: [1] Jujurlah dalam berucap; [2] tepatilah janjimu; [3] tunaikanlah amanatmu; [4] jaga kemaluanmu; [5] tundukkan pandanganmu; [6] dan jaga perbuatanmu.” (HR. Al Hakim:8066 dan Ibnu Hibban: 107)

Selamat Tahun Baharu 2019, insyaallah jadilah insan yang sentiasa memberi dan berbakti dengan ikhlas, semoga setiap hari adalah hari-hari terbaik dan berazam membina sejarah yang gemilang untuk diri, keluarga, agama dan negara!

‘Islam Memimpin’

‘Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan’

NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

23 Rabiul Akhir 1440 H

31 Disember 2018