Home Berita PAS Pulau Pinang

MAKAN MALAM SANTAI PAS BUKIT MERTAJAM MERIAH

1675
SHARE

Oleh : Azmi Jamri

BUKIT MERTAJAM, 29 Disember : PAS Kawasan Bukit Mertajam dengan kerjasama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan telah menganjurkan program Makan Malam Santai di Homestay Tokkun, dekat sini Sabtu lalu.

Program yang berjaya menarik ramai ahli untuk hadir menampilkan panel penceramah jemputan yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Abdul Razif Abdul Rahim selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ustaz Zamri Zainuddin, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor.

Ustaz Abdul Razif dalam ucapannya mengingatkan ahli tentang kepentingan wala pada pimpinan agar terus selamat di dalam bahtera PAS.

Ustazah Wan Hasrina pula sangat memandang serius tentang apa yang berlaku di dalam negara, dengan tekanan kos sara hidup keluarga yang tinggi.

“Pihak dewan muslimat telah bertemu dengan Mufti Wilayah dan beliau juga melahirkan rasa kekhuatiran dengan apa yang berlaku di Malaysia”, ujar beliau.

 

Sementara itu penceramah ketiga, Ustaz Zamri dalam pidatonya berkata kebangkitan umat melayu Islam telah memberi isyarat kepada kerajaan Pakatan Harapan agar bersikap adil kepada rakyat.