Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Tahniah Atas Pelantikan TYT Melaka Baharu | Perhubungan PAS Melaka

404
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS MELAKA


Perutusan Tahniah Dari Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka Atas Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Yang ke-7.

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka menzahirkan rasa gembira dan sangat berbesar hati di atas pelantikan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr) Mohamad Ali Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-7.

Semenjak tersebar ura-ura nama Tun dikatakan bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang baharu, rakyat Melaka memang sudah teruja menunggu perkhabaran rasmi mengenainya.

Ia adalah satu penantian selama 63 tahun untuk melihat kali pertama ‘orang Melaka’ sendiri diangkat bagi mengisi jawatan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka.

Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan pimpinan PAS Negeri Melaka di semua peringkat mengucapkan jutaan tahniah atas pelantikan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr) Mohamad Ali Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang baharu.

Kami juga mendoakan semoga segala tindakan dan pertimbangan Tun selama memegang jawatan ini akan sentiasa dipandu oleh hidayah dari Allah SWT.

Anak raja turun ke bendang
Turun ke bendang menebang buluh
Tun umpama pohon yang rendang
Tempat kami tumpang berteduh

USTAZ KAMARUDDIN SIDIK
Pesuruhjaya PAS
Negeri Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)