Kami AJK PAS Kawasan Jasin ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Pekerja’ kepada semua warga pekerja di Malaysia dan ahli-ahli PAS khususnya di kawasan Jasin.
Ketibaan ‘Hari Pekerja’ pada kali ini tidak disambut seperti biasa. Tiada lagi perhimpunan besar diadakan dalam situasi semasa penularan wabak COVID-19. Selain itu, kebetulan pula Hari Pekerja tahun ini jatuh pada bulan Ramadan karim.
Walaupun tiada sambutan Hari Pekerja 2020 pada tahun ini, sumbangan dan pengorbanan para pekerja sektor awam dan swasta selama ini amat dihargai oleh pihak kami.
Kita sedia maklum bahawa golongan pekerja memang ramai yang terjejas akibat daripada kesan ekonomi dari wabak Covid-19. Ramai yang hilang pekerjaan atau tidak menerima gaji kerana majikan yang terjejas akibat wabak ini.
Bagi mereka yang berkemampuan, bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, marilah kita membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik terutama golongan pekerja yang hilang pekerjaan disebabkan kesan wabak covid-19 ini.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 172, Maksudnya:
“Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya”.
Semoga amal ibadah dan sedekah kita dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT.
Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan Selamat Hari Pekerja dan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan Al-mubarak. Semoga ibadah puasa pada tahun ini lebih sempurna daripada tahun-tahun yang terdahulu.
Kami mendoakan agar kita semua dilindungi oleh para malaikat dan Allah SWT agar terhindar dari dijangkiti virus Covid-19.
Sekian dari kami AJK PAS Kawasan Jasin.