Home Berita PAS Melaka

PAS JPrD Lendu Edar Kit Bantuan Makanan Dari Ketua Menteri Melaka

1258
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH: Jabatan Pilihanraya PAS Dun (JPrD) Lendu hari ini mengedarkan kit bantuan makanan kepada penduduk sekitar Dun Lendu. Kit tersebut adalah peruntukan dari Ketua Menteri Melaka yang juga Adun Lendu YAB Datuk Sulaiman Md Ali.

Edaran tersebut diketuai oleh AJK PAS Kawasan, Haji Amiruddin Said, Musa Keling,  bersama beberapa orang lagi petugas PAS JPrD Lendu.

Menurut Amiruddin sebanyak 50 set kit bantuan makanan yang diterima daripada YAB Ketua Menteri Melaka itu telah diedarkan kepada penduduk yang memerlukan.

PAS JPrD Lendu mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Melaka di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)