Home Berita PAS Kedah

PERUTUSAN SEMPENA AWAL RAMADHAN 1443H PESURUHJAYA PAS KEDAH

113
SHARE

PERUTUSAN SEMPENA AWAL RAMADHAN 1443H PESURUHJAYA PAS KEDAH

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ                             ‎

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Salam Sejahtera.

Seluruh umat Islam  menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, suatu bulan yang dilimpahi dengan seribu satu kemuliaan, keampunan serta limpahan rahmat daripada Ilahi.

Umat Islam difardhukan untuk berpuasa serta membayar zakat fitrah memberi gambaran bahawa kemuliaan Ramadhan dibangunkan dengan membina habluminallah (hubungan dengan Allah SWT) dan hablumminannas (hubungan dengan manusia).

Bersempena kehadiran bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah dan sentiasa mengingatiNya serta tidak lupa untuk saling bantu membantu dalam hidup bermasyarakat.

Perbanyakkan beristighfar, rukuk dan sujud, mengisi masa dengan bertadarus. Semoga Ramadhan kali ini menyucikan hati kita semua seterusnya mendapat nilai ketaqwaan disisiNya insyAllah.

Bermula 1hb April lalu kita menyaksikan umat Islam dapat kembali menunaikan ibadah dengan merapatkan saf solat masing-masing. Semoga saf ikatan hati umat Islam turut akan bertaut sama insyAllah. Ayuh kita mengangkat tangan berdoa semoga negara kita diselamatkan daripada wabak yang melanda.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

“اسلام  ممڤركوكوه  ڤرڤادوان”

HAJI AHMAD BIN YAHAYA

Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah