Home Berita PAS Kedah

PAS kawasan Kuala Kedah jalin hubungan erat bersama Guru Pasti

69
SHARE

Oleh AMAL NABILA

KUALA KEDAH – PAS Kawasan Kuala Kedah mengambil peluang mengadakan usrah dan perjumpaan bersama guru-guru PASTI seluruh Kawasan Kuala Kedah di Dewan Al-Amin, Telok Bagan, semalam.

Slot khas dialog bersama pimpinan turut diadakan bagi berkongsi saranan dan pandangan juga cadangan ke arah organisasi yang teratur.

Pertemuan ini juga adalah untuk merapatkan jurang antara guru-guru dengan pimpinan peringkat kawasan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi sempena menyambut kedatangan Ramadan Al-Mubarak.

Hadir sama, Penyelaras DUN Anak Bukit, Mohammad Rashidi Abdul Razak.