Home Berita PAS Kelantan

Perutusan Menteri Besar Kelantan Sempena Aidilfitri 1439H

1437
SHARE

PERUTUSAN MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA AIDILFITRI 1439H

Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu daripada hari kebesaran dalam Islam yang menandakan hari kemenangan buat umat Islam yang bermujahadah pada bulan Ramadhan. Hendaklah kita semua menyambutnya dengan penuh kesyukuran kepada Allah Ta’ala.

Dalam kegembiraan kita meraikan hari raya, saya menyeru kepada semua khasnya kepada rakyat Negeri Kelantan, berhatilah-hatilah semasa memandu dan jagalah keselamatan di jalan raya, saling bertimbang rasa dan berhemah dalam pemanduan, moga semuanya selamat sejahtera tanpa apa-apa musibah di jalan raya.

Ambillah peluang untuk saling menziarahi dan mengunjungi bagi mengeratkan hubungan sesama keluarga dan rakan taulan. Maaf bermaafan antara satu sama lain serta mendoakan buat saudara-saudara kita yang berada dalam kesusahan di seluruh dunia.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengundi yang telah memberikan sokongan penuh dan mandat kepada Kerajaan Negeri bagi meneruskan agenda Merakyat Membangun Bersama Islam di bumi Kelantan yang tercinta.

Dengan penuh kasih, saya dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H, Maaf Zahir dan Batin Mudah-mudahan segala amalan kita dalam bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah sebagai amal soleh di sisi-Nya.

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN
28 Ramadhan 1439H