Home Kenyataan Media PAS Melaka

Perutusan Khas Ramadan 1441H Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka

663
SHARE

 

Dalam Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

1. Bersempena kehadiran Ramadan Al Mubarak kali ini, saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat.

2. Walaupun, Ramadan kali ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya dengan isu wabak Covid-19 dan pihak kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mengharapkan kita bersabar demi keselamatan rakyat dan kita berjaya memutuskan rantaian Covid-19 ini. Insha-Allah.

3. Saya doakan agar ibadah puasa kita diterima Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)