Home Berita PAS Pusat

Perutusan Khas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat : Bekerja Memenangkan Islam

3374
SHARE

PERUTUSAN KHAS
KETUA PENGARAH PILIHAN RAYA PAS PUSAT

BEKERJA MEMENANGKAN ISLAM

Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen. Bererti dalam tempoh 60 hari mesti diadakan pilihan raya. Kali ini pastinya pilihan raya sengit dengan pertembungan 3 penjuru atau lebih, PAS bersedia seberapa banyak penjuru sekalipun akan bertanding melawan BN dan PH.

Kita berhadapan dengan BN yang mewarisi penyakit salah laku sejak dahulu hingga kini, Melayu PAS tidak lupa dengan isu-isu dahulu terutamanya di era 1980-an, juga PH yang jelas tiada harapan untuk masa depan Islam dan turut terpalit dengan siasatan rasuah walaupun baru dua penggal diberi mandat oleh rakyat.

PAS bersama Gagasan Sejahtera adalah pilihan rakyat untuk membina Malaysia Sejahtera. Perjalanan adalah jauh dan berliku, memerlukan komitmen tenaga jentera dan rakyat untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam negara kita yang tercinta ini.

Dengan rekod bersih rasuah tanpa seorang pun pemimpin PAS disiasat oleh SPRM sepertimana didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, maka PAS berjaya membuktikan secara praktikal bukan sahaja omongan kosong di atas kertas dan di pentas ceramah.

Oleh itu, seluruh jentera pilihan raya PAS semestinya bekerja keras dengan penuh semangat jihad bagi memenangkan PAS dalam PRU 14. Ini adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada PAS untuk menyelamatkan negara bersama Islam. Jangan ada lagi yang culas beralasan dalam tempoh palu gendang β€˜peperangan’ sudah dipalu. Santuni pengundi dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dengan menarik undi semua segmen masyarakat seramai mungkin, khususnya pengundi Melayu yang paling dominan di negara ini.

β€œSejahtera Bersama Islam”

DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat

Bertarikh: 22 Rejab 1439 / 8 April 2018