Home Artikel PAS Wilayah

Konvoi Bermotor Semarak Hijau P115 Batu

2516
SHARE

 

Taman Melewar, 8 April – Jentera PAS Kawasan Batu telah turun ke semua 5 zon di Parlimen Batu dengan mengadakan konvoi bermotor. Konvoi ini disertai oleh lebih 50 buah motosikal dan lebih menarik motor peserta konvoi ini dihiasi dengan bendera Pas.

Menurut penyelaras program, saudara Misuari yang juga merupakan Timbalan Pengarah JPRK Batu menyatakan bahawa program ini adalah program pertama berbentuk gelombang yang diadakan untuk menunjukkan keseriusan PAS Batu meletakkan calon di P115 Batu selepas kali terakhir Pas bertanding di P115 Batu kira-kira 30 tahun lepas.

Konvoi dilepaskan sendiri oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden  PAS sebaik selesai Kuliah Dhuha di Medan Ilmu KUIZM pada jam 10.30pagi. Turut hadir ialah pimpinan utama PAS Kawasan Batu yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan Batu, Ustaz Azhar Yahya.

Konvoi telah singgah dan menyantuni pengundi di beberapa hentian seperti Sentul Utama, UTC Sentul, Restoran Legenda Malaya Taman Koperasi Polis Fasa 2, Pekan Batu 5, Intan Baiduri dan berakhir di Madrasah Ikhwan Taman Wilayah Selayang.

Di setiap hentian bakal calon P115 Batu iaitu YDP sendiri telah menyampaikan beberapa perkara dasar ingin dibawa Pas sekiranya diberi peluang memerintah.

BN merupakan kerajaan bermasalah dengan pelbagai rasuah dan dasar menyukarkan rakyat seperti GST tetapi PH pula bukan merupakan pengganti yang baik kerana membawa dasar yang lebih menolak Islam. PAS dan Gagasan Sejahtera membawa mesej jelas mahu meletakkan penyelesaian dari langit untuk mengatasi kemelut yang melanda pada hari ini”. Demikian ucapan YDP pada pengunjung program di UTC Sentul.

Ternyata program ini mendapat perhatian dari pengundi P115 Batu apabila banyak kenderaan membunyikan hon tanda sokongan kepada PAS untuk bertanding di P115 Batu ini. Di akhir program Haji Abu Bakar Abd Rahman yang juga Pengarah JPRK Batu melahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang menyertai konvoi serta mengajak ahli PAS di Batu untuk sama-sama menghidupkan program dan bilik gerakan peringkat Zon dan Kawasan setiap malam.

Program berakhir kira-kira jam 2.30 petang dengan jamuan tengahari disediakan oleh Zon 1 dan sesi bergambar. InsyaAllah semoga ia menjadi batu loncatan untuk ahli lebih bekerja bagi memenangkan Islam di P115 Batu.